Sunday, June 26, 2016

3 ingredients Nutella brownies

Peh. Salah satu kenangan manis aku di bumi Canberra ialah sewaktu membaking kek brownies nutalla buat kali pertama. Kenangan manis yang nyata. Hihi.

Selepas hampir 3 tahun di bumi Canberra barulah ada sedikit keyakinan untuk membakar kek. Itupun aku memilih kek yang mudah dahulu. Kebetulan aku terlihat tuorial mudah ini di facebook.


Mudah bukan? Nutella, tepung gandum dan telur. Bakar pada 175 darjah celcius. Settle! Tak sampai setengah jam pun.

So. Inilah hasilnya


-tom riddle-

'Biasanya hang guna berapa sukatan untuk tepung tu eh?'
'Oh, Aku biasanya tuang tepung tu selama 5 saat dengan kecondongan 56 darjah. Hihi. Tiada sukatan metrik yang specific pun.'




Saturday, June 25, 2016

Tom Riddle bukan Voldermort

Peh. Aku dah selalu sangat terima soalan ni.
'Kenapa Tom Riddle?'

Ada yang bertanya, 'Tom Riddle ni mat salleh yang masuk melayu ke?'
.
..

Umum mengetahui bahawa Tom Riddle merupakan nama sebenar bagi Lord Voldermort (watak fiksyen Harry Potter) atau nama sebenarnya Tom Marvolo Riddle.

'Err, tapi mengapa anda memilih nama itu wahai Encik Tom? Kenapa bukan Severus Snape> Kenapa bukan Ron, budak berambut oren itu? Heheheh"

Sabar, sabar. Akan saya ceritakan sebentar lagi mengapa saya memilih untuk menggunakan nama Tom Riddle yang comel ni. Hihi

...

Baiklah, jika anda sudah bersedia dengan popkon di tangan (eh sekarang bulan puasa), saya akan ceritakan. Begini ceritanya. Anda sdah mengetahui bahawa Si Tom Riddle itu merupakan seorang ahli sihir muda yang sangat berbakat serta mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Jika kita menyingkap kembali novel yang ke 6, seperti yang digambarkan Makcik J.K. Rowling (si penulis buku) bahawa Tom Riddle sangat berminat untuk mengetahui apa itu Horcrux. Lalu soalan itu diajukan kepada guruya, Horace Slughorn.  Dipendekkan cerita, Tom Riddle dapat mengetahui apakah kegunaan horcrux tersebut. Dengan tanpa rasa bersalah beliau berjaya menghasilkan 7 Horcrux bagi memastikan dia kekal hidup (immortal)

So, En Tom Riddle tu jahat la kan? Kalau anda bertanya kepada saya, jawapannya ialah ya. Membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa sesuka hati dan pelbagai lagi kezaliman itu memang tidak dapat diterima akal.

Namun ingin saya bawa anda semua melihat sudut pandang yang lain. Kadang-kadang kita terlupa, sikap dan perwatakan seseorang tu berkait rapat dengan persekitarannya. Tom Riddle sewaktu mudanya hidup pada zaman kegelapan dan dia juga mempunyai krisis identiti  semenjakkecil. Rentetan itu, maka dapatlah  saya simpulkan bahawa persekitarannya mendorong beliau bersifat sedemikian.

Apa kaitannya dengan saya? Hahaha. Tiada kaitan secara lansung mengapa saya memilih untuk menggunakan nama ini. Hanya kerana sedap disebut. Gittew.!

Namun apa yang bisa saya simpulkan ialah, watak Tom Riddle ini mengajar saya bahawa kehidupan tanpa perasaan sayang itu bukanlah satu kehidupan.


-tom riddle-

peh. sudah 20 Ramadan. Ayuh pecut ke garisan penamat. Avada kedavra! EH.