Thursday, January 6, 2011

TRIP to Perlis........



Bulan lepas aku berkesempatan pergi menghabiskan masa di Gua kelam, Perlis.........Tp malangnya dek kerana banjir yang melanda Utara pada awal November lalu...kami tidak dibenarkan masuk ke Gua Kelam kerana kerja-kerja penyelenggaran sedang dilakukan...tak tahu la...lama mana lagi.....hahahaha..
So korang yang planning nak gi sana...cuba chek betul2 k......kang tepaksa amik gambaq kat kuar macam aku ni saja...ahahaha......^.^

RON 97 NAIK 10 SEN!!!!!

Seperti mana yang kita ketahui,minyak RON 97 dan minyak tanah naik lagi sebanyak 10 sen berkuat kuasa 4 Januari 2011...Kalai terakhir harga dinaikkan adalah pada 1 Disember  2010 iatu sebanyak 15 sen...

Jadi ini bermakna harga RON 97 kini adlah sebanyak RM2.40 manakala minyak tanah kini berharga RM2.50 bagi setiap liter...

Tidak ada apa lagi yang aku boleh perkatakan lagi mengenai perkara ini.....hahahaha...ikut sajalah...but we've the power as a citizen.....^.^

Wednesday, January 5, 2011

USIA

'Andai ku tahu, kapan tiba ajalku, ku akan memohon, Tuhan tolong panjangkan umurku..............'


Tentu kita masih ingat lagi, lagu ni menjadi lagu yg acap kali kita dengar di corong2 radio dalam 2 3 tahun lepas.....Apa yg menarik perhatian aku di sini ialah mengenai USIA atau Hayat kita yg semakin hari semakin pendek.

Tatkala 2011 sudah masuk hari ke 5, pelbagai perkara sudah pasti kita tempuhi. Aku di sini  tertarik dengan baris lagu di atas kerana tanpa kita sedari, usia kita semakin hari semakin pendek. Entah bila Allah bakal mengambil nyawa kita serta entah bila dunia yang fana ni kita akan tinggalkan bersama sama orang yang kita syang. Nabi Muhammad bernah bersabda yang bermaksud, 'ada 2 nikmat yang sering kali kita terlepas pandang dalam hidup kita...iaitu waktu sihat dan waktu lapang..'.......Pada pandangan aku, hadis ni jelas menunjukkan yang kita sebagai manusia yg kerdil, acapkali lupa dengan nikmat yang Allah kurniakan sehinggalah kita berasa tersepit dek kerana masa yang semakin pendek mahupun badan sudah tidak lagi secergas dahulu, baharulah kita nak mengingati Pencipta mereka yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa..........

Senario sebeginilah yang sering kali kita lihat tidak kira di mana sahaja kita berada......Tidak kiralah di desa terpencil mahupun kota yang penuh dengan segala macam kesibukkan,  masyarakat rata-ratanya berpandangan....'ah umur masih muda...aku baru 21.....esok lusa aku taubatla..'........Begitu jugalah dengan ragam artisnya yang semakin memualkan sejak akhir2 ni.......ada antara mereka yang dangkal akal fikirannya menjawab apabila diajukan soalan...' u x malu ka dgn hubby n anak2 u pakai macam ni (sexy)......'
Si artis ni menjawab...'x pa...bapak2 mereka ni x kesah and mereka faham ni tugas I..I pon bukannya 24 jam pakai camni......orang2 kat luar sana x payah la nak kecoh2...I bukannya guna duit mak bapak korang pon ...'
LIHAT!!!!..... masyarakat kita semakin miskin dalam ilmu agama sehingga sanggup menjadikan soal agama sebagai bahan mainan..........Apa yang aku nak tekankan di sini....golongan2 sebegini seakan-akan tidak sedar bahawa kematian bakal menjengah mereka bila2 masa sahaja namun mereka masih ghaurah dalam urusan seharian mereka yang penuh dengan lagha........

Aku pun x mahu mengulas panjang tentang bab halal haram ni......Marilah kita sama2 menghayati firman Allah dalam Syrah Al- 'Asr

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


RENUNG-RENUNGKANLAH..............

Saturday, January 1, 2011

HAPPY NEW YEAR

20011 sudah tiba.............so aku nak amik kesempatan untuk wish Selamat tahun baru 2011 kpd sume manusia yg mengenali aku

PS- sepatutnya kita dah raikan 24 hari yg lalu (Ma'al Hijrah)...tp x diambil pusing sangat.....