Tuesday, February 8, 2011

Rekod.........selayang pandang

Dalam kehidupan kita seharian..... Rekod atau penanda aras (benchmark) sering dijadikan satu sumber inspirasi untuk kita terus melangkah maju dalam hidup............

   Namun begutu lain pula halnya dalam bola sepak, memecahkan sesuatu rekod bukanlah suatu perkara yang BEGITU dititikberatkan oleh para penyokong mahupun pihak pengurusan sesuatu pasukan seperti mana sukan lain. Misalnya acara 100 m yang mana pesaing pesaingnya berlumba lumba memadamkan rekod yang telah dicipta oleh pelari sebelumnya. Namun senario yang berlaku minggu ini amat menarik minat aku untuk menulis serba sedikit mengenai rekod dalam bola sepak yang telah dipecahkan mahupun lebur.......

NOU CAMP , BARCELONA...............

Lionel Messi..........boleh dianggap satu adiwira Barcelona....


     Aku sebenarnya begitu tertarik dengan corak permainan yang ditunjukkan Skuad Barcelona ini sepanjang musim ini serta musim lalu. Sudah tentu perkara yang pertama terlintas di fikiran kita ialah ketangkasan Lionel Messi dan rakan sepasukannya yang begitu rakus membenam lawan mereka tanpa belas kasihan......Real Madrid sudah terkulai layu di Nou Camp November lalu dengan jaringan gol yang aku sendiri anggap tidak masuk akal. Masakan The Galaticos yang dianggap kental melepaskan 5 gol dengan sebegitu mudah !!!...Nmaun aku tidak mahu mengulas lanjut keputusan tersebut lantaran aku merupakan peminat tegaq Real Madrid...(kekalahan yang perit untuk aku telan...ditambah lagi pada masa tersebut aku sedang menduduki Peperiksaan SPM)............Kita semua sudah mengetahui bahawa Barcelona telah memecahkan rekod dalam saingan La Liga selepas membenam Atletico Madrid  3 0  tempoh hari (terima kasih kepada Hat- rick Messi)...........16 kemenangan Liga berturut-turut lantas memadamkan rekod seteru utama mereka di bawah kendalian Alfredo Di Stefano pada tahun1961...............Selain itu, Barca juga mungkin bakal memecahkan lagi rekod liga dengan nisbah jaringan serta pungutan mata yang besar dalam satu musim......Kini mereka telah mengutip 61 mata daripada 66 mata msaksimum yakni mereka hanya melepaskan hanya 5 mata selepas 22 perlawanan liga.......Mreka turut telah menjaringakan 70 gol musim ini dan hanya melepaskan 11 gol sepanjang kempen mereka.  Lebih mengagumkan 38 goal (54.29%) adalah daripada dua penyerang mereka, Messi dan Villa dengan 24 gol dan 14 gol seorang.......(Messi berkongsi jaringan yang sama dengan CR)...WHAT AN INCREDIBLE SEASON!!!......Perlu diingat musim ni masih berbaki 16 perlawanan, jadi masih banyak yang boleh dilakukan oleh mereka........
Mungkin mereka boleh mengulangi pencapaian 'sixtuple' pada 2009!!


    Lain pula ceritanya di Manchester United, rekod 29 perlawanan mereka lebur di tangan Wolverhampton kelmarin...Lebih memedihkan, mereka tumpas kepada pasukan yang berada di kaki liga yang sedang bergelut untuk terus kekal di dalam EPL.....MU turut mendahului perlawanan hasil jaringan Nani pada minit ketiga namun dipadam jaringan George Elokobi dan jaringan kemenangan oleh Kevin Doyle.

    Ini bermakna Man United gagal menggapai angka 30 perlawanan tanpa kalah dalam kancah saingan EPL seperti mana yang dilakukan Arsenal pada saingan musim 2004/2005 dengan 49 perlawanan tanpa kalah.........(menariknya rekod tersebut dipadamkan sendiri Man United pada Ogos 2005...kalau aku x silap 2 0 rasanya)..........

     Namun bagi aku kekalahan Man United ini ada positifnya..Aku beranggapan, tekanan untuk mengekalkan rekod kini tidak lagi wujud. Mereka boleh fokus kepada perlawanan seterusnya.....Tambahan pula mereka masih mendahului carta dengan kelebihan 4 mata di atas Arsenal yang memungut 50 mata.....Namun aku turut beranggapan mungkin perkara sebaliknya bakal berlaku...mampukah mereka memulihkan semula semangat mereka  serta bangkit semula lantaran lawan yang bakal mereka temui selepas ini ialah 'The Noisy Neighbour' di Old Trafford sabtu ini tanpa Rio Ferdinand yang cedera?.....Sudah tentu anak buah Roberto Mancini terutamanya Carlos Tevez mahu membuktikan sesuatu di gelanggang lawan mereka..........(aku mengharapkan Man U kecundang sabtu ini......jangan marah.....)......

Perlawanan yang sentiasa hangat dengan pelbagai kontrovesi......DON'T MISS IT!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment