Monday, February 7, 2011

CHELSEA VS LIVERPOOL



Aku baru saja habis memnonton perlawanan seteru antara Chelsea dan Liverpool yg dimenangi oleh Liverpool 1 0 hasil jaringan tunggal Raul Merieles pada minit ke 69.........

Apa yang menarik minat aku untuk menulis mengenai perlawanan ini sudah tentu kehadiran Fernando Torres di kem The Blues yang mewujudkan pelbagai persoalan sejak seminggu yang lalu. Berdasarkan pemerhatian aku, Torres malam ni gagal menyerlah. Prestasinya sama seperti di Liverpool dahulu. Mungkin percaturan  Carlo Ancelotti tidak menjadi dgan meletakkan 3 pernyerang serangkai yakni Drogba, Anelka n Torres.......Torres aku lihat lebih banyak berlari dan kurang menyentuh bola...Hanya satu percubaan tepat ke arah pintu gol sepanjang 66 minit di atas padang sebelum digantikan dengan Salomon Kalou.........Mungkin rasanya TIDAK ADIL untuk aku berbicara tentang prestasi Torres lantaran ini ialah penampilan sulungnya bersama Chelsea malam ini......Nmun terlintas di fikiran aku, "Adakah Torres mampu menyengat di Chelsea?" "Berbaloikah 50 juta pound yang dilaburkan Roman Abramovich ke atasnya?"...Namun masih terlalu awal untuk kita menduga sejauh mana nasib Torres di kelab barunya ini.....

Berbalik kepada perlawanan tadi, secara umumnya, Chelsea banyak menguasai perlawanan yang mana Liverpool hanya membuat serangan sekali sekala ke kubu Chelsea. Namun, Liverpool bernasib baik lantaran setiap peluang yang terhidang mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka. Hasilnya gol tunggal perlawanan menjelma pada minit ke 69 hasil jaringan Raul Merieles iaitu gol keempatnya dalam 5 perlawanan terakhir.......Liverpool juga bernasib baik apabila terselamat daripada sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan apabila 2 kali bola terkena tangan pemain mereka.

Kemenangan tersebut meletakkan Liverpool di tangga ke 6 liga hasil 4 kemengan berturu turut tanpa melepaskan sebarang gol. Saat yang baik buat King Kenny dan anak2 buahnya. Namun mereka lebih bernasib baik malam ini apabila dilihat kurang menyerang dan hanya meletakkan Dirk Kuyt berseorangan sebagai penyerang tunggal....(Luis Suarez tidak diturunkan). ...........Namun perlawanan ini terntyata dilihat mampu memberi keyakinan kepada mereka kerana mereka perlu berhadapan beberapa lagi kelab gergasi dalam baki perlawanan musim ini......

Secara umumnya, kekalahan ini memberi petanda sesuatu harus dilakukan Ancelotti bagi menyelamatkan kelab dan kariernya selaku pengurus kelab. Aku beranggapan sudah tiba masanya untuk Chelsea menekan butang panik.......hahaha...............KITA TUNNGU DAN LIHAT!!!

No comments:

Post a Comment